Blogger Template by Blogcrowds

bertapakkan sandal haus

malunyer......

tiba-tiba tadi dalam perjalanan nak pergi Maju Junction..aku telah mengalami satu insiden yang sangat la memalukan....

mula-mula aku cross jalan...kawan aku ada kat depan aku..aku follow la dia kat belakang...
masa tu pula orang yang kerja tengah lunch hour..jadi,sesaklah jalan kat KL tu....

dalam sibuk-sibuk aku berjalan-jalan di kelompok orang yang ramai tu..
tiba-tiba...
kaki aku berada di dalam keadaaan tak cecah bumi & tak pula terpula terapung...
akibat kerana tiada geseran dan cengkaman di antara permukaan tapak kasut aku yang dah haus sangat...
ditambah dengan keadaan jalan yang licin akibat hujan...
maka,
dengan itu...
kedengaran bunyi hentakan bontot yang kuat di atas bahu jalan raya...
AAAAAAAAAARRRRRRRRGGGGGGGGGGGHHHHHH.........TIDAKKKKKK.........

aku tergelincir dan jatuh terduduk dalam keadaan posisi yang amat cun...huhuhu...
malu tak ingat...dah la ramai orang dekat belakang aku masa itu...
tiba-tiba terpikir pula idea nak cover malu,apa kata aku buat-buat pengsan...haha...
tapi,nanti lain pula cerita....
jadi,dengan penuh keberanian dan muka tebal aku bangun dari tempat itu...
sambil gelak terbahak-bahak dengan kawan aku....

sebenarnya dah banyak kali dah aku hampir-hampir terjatuh sebab sandal tu...
kawan aku dah berbuih mulut suruh beli sandal baru,tapi aku degil sebab nak jimat...
tapi hari ni dah membuktikan segala-galanya....
demi menjaga maruah aku supaya tak jatuh lagi...aku dah pun beli sandal baru berwarna pink(aku tak suka sangat warna pink,tapi sebab tu je yang ada aku ambil je la) dengan harga serendah RM 14.95...harga mega sale,boleh la tahan...


jadi,dikesempatan ini..aku nak ingatkan pada semua pembaca-pembaca blog aku ni(tu pun kalau ada yang baca la...)
belilah sandal baru kalau tapak sandal lama anda dah haus sangat...
kalau tak,kita yang akan menanggung malu yang tak berkesudahan...

-TAMAT-

4 comments:

  1. Anonymous said...

    hahaha
    cian gila kwn aku ni..tu la len kali nk jimat agak2 la wei..
    x pa la jnji hg slamat..cuma kena tangfgung malu ja :)
    x dak prince charming mai tlg angkat ka ? :P

    June 25, 2007 at 6:41 PM  

  2. aku said...

    haha...
    xdak plak yana..aku bgn sendiri je..kalau tetibe ada superman dtg bwk aku terbang trus best lar... :P

    June 25, 2007 at 9:27 PM  

  3. Syiqa Rahmat said...

    hahahahaha....
    lagi bagOs i munye high hill(kihkih..btOl ke i eja ni??)...

    June 26, 2007 at 5:36 AM  

  4. aku said...

    high heel..hehe..
    bolelah..janji bunyi sama.. :P

    June 27, 2007 at 10:15 PM  

Post a Comment