Blogger Template by Blogcrowds

aku,demam,maggi hot cup,plain white t's & MERDEKA...

31 Ogos 2007

Tarikh keramat penduduk Malaysia....malaysia MERDEKA untuk kali ke-50..dan sepatutnya aku temankan kawan aku pergi dataran Putrajaya tengok bunga api,sambutan merdeka & acara-acara yang berkaitan dengan sepupu sepapatnya..tapi aku demam panas hari ni..jadi plan terpaksa cancel last minute...

MERDEKA kali ni,aku berteman sekotak tisu untuk lap hingus yang meleleh tak berenti..bersweater & berstokin dalam bilik sambil mengadap laptop...tengok TV sambil kepala pening-pening lalat..sambil mulut tak putus dari menghisap gula-gula Fisherman’s Friend yang agak mahal harganya....takla mahal mana,tapi memandangkan aku tengah agak kopak..RM3.60 untuk sepaket gula-gula sakit tekak adalah dikire mahal jugak..hehe..

Bro Musnazdotnet ada tagged aku pasal soalan berkaitan kemerdekaan..tapi aku x ingat soalan tagged tu..buat masa ni pulak.blog die tengah down & tak leh bukak,jadi tak ada tempat nak refer..tapi aku dah janji dengan bro nih,nak post tagged tu sempena merdeka...kalau tak silap soalan dia adalah:-


5 sebab kenapa anda berbangga menjadi rakyat Malaysia

1)Hanya di Malaysia saja yang ada makanan yang unik....macam Satay,Air Batu Campur,Nasi Lemak,Roti Canai,Roti Jala,Otak-otak


2)Malaysia sangat membela nasib wanita.....kerajaan sangat ambil pusing pasal nasib wanita yang tertindas...kewujudan Kementerian Pembangunan Wanita,Keluarga & Masyarakat memang lambang wanita tidak didiskriminasikan


3)Malaysia ada wajah-wajah wanita yang eksotik & peribadi yg lembut & skin tone yg menarik...yang tak ada dekat negara lain.. contoh terbaik seperti aku..ngehngehngeh... :P


4)Budaya malaysia yang unik & halus seninya...dari segi pakaian,kita ada baju kurung,songket,sari & etc.


5)Malaysia ada PM macam Pak Lah yang soft spoken & gentle...Pak Lah bukan lembik,tapi itu gaya dia yang membuatkan dia PM yg paling special di mata aku..sebab aku mmg tak suka org cakap kasar..kasar itu bukan power.


*Aku tengah dgr bunyi letupan bunga api dari hostel,sambil makan maggi hot cup perisa tomyam,sembang dgn roomate pasal experience die sambut merdeka & layan lagu plain white t’s....

-salam merdeka untuk semua bloggerss-
M.E.R.D.E.K.A

meowww...meowww..meoowww...

akhirnya..dengan hati yg tulus ikhlas aku dah jawab soalan tagged bro Nezjoe yang rowks nih...
berikut adalah jawapan-jawapan nya..

semoga anda berpuas ati dengan cara aku menjawab soklan yg dh diajukan..kalau tak puas ati gak...buat la sendiri...

4 THINGS....

4 things that scare me:
#Kalau mak & abah dah tak ada
#Mati dalam kekufuran
#Extend dekat uni sampai tua
#Naik rollercoaster

4 people who make me laugh:
#Lawak ikhlas mak
#Lawak best friends sepanjang zaman aku – noi & hajar
#Lawak bestbuddies aku – clah,farah & yati
#Tengok perangai budak-budak

4 things i love:
#Duduk sorang-sorang dekat MPH sampai 5-6 jam..layan buku free..
#Koleksi gelang aku
#1 buku conteng aku yg penuh dengan puisi , sketching & lirik lagu
#makan serbuk kopi

4 things i hate:
#ulang cakap banyak-banyak kali..
#bersukan...sangat tak suka
#habuk...aku allergic dengan habuk..
#tempat yang bising melebihi frekuensi , panas & ramai orang

4 things i don't understand:
#kenapa aku susah nak marah dekat orang dengan cara betul-betul marah..?tahap angin betul-betul angin..
#kenapa perangai aku lain sangat dari adik-beradik aku yang lain?
#Kenapa pierre andre pilih fasha sandha??bukan aku???aarghhh.
#Kenapa lelaki mesti ikut sunnah bab poligami je..?padahal fardu pun koyak rabak.

4 things on my desk:
#Ubat aku
#Vicks
#Hair band
#mug

4 things i'm doing right:
#tengok tingkap
#jawab benda “4 thing” ni
#dengar lagu James Morrison-One last Chance
#nyanyi lagu di atas dengan sepenuh hati

4 things i want to do before i die:
#buat rumah bercirikan kampung & penuh dengan seni bina melayu..dapur dia mesti besar & canggih -khas buat mak & abah.
#Kahwin dgn nice guy & ade anak-anak comel = ada happy family yg cool..
#Mempunyai skill memasak macam martha stewart
#Tulis & publish buku sendiri...

4 simple things to describe my personality:
#Malas bercakap = pendiam
#Malu-malu kucing dengan orang yang aku tak rapat @ baru kenal
#Kerap kena serang virus selsema..at least 2-3 kali seminggu
#Agak sensitif bila orang cakap or treat aku secara kasar

4 things i can't do:
#Buat perangai macam perempuan gedik yg manja mengada-ngada
#Tengking & sound directly...teringin juga nak buat..tapi tak sampai hati
#Minum susu putih..rasa nak muntah
#Makan durian & petai..



dengan ini..aku ingin meneruskan virus mengetagged kpd..yg bertuah:

  1. diaharris

  2. lesbian penguin

  3. god's slave

  4. bro musnazdotnet

maaf..sekiranya aku menyusahkan hidup orang-orang yang telah ditagged..hehe..bukan selalu..

*gmbar ini sekadar hiasan..

layout baru..panas punyer...


tiba-tiba aku rasa macam nak tukar layout..kebetulan aku nampak kamaruladli ada bagi URL nak cari layout dekat ruang komen blog nezjoe..hehe...aku pun try la...jadi jugak akhir..walaupun naik juling mata aku.update semua benda ni...

sayangnya,aku dah terdelete semua mesej dalam chatbox yang lama...counter aku pun dah hilang...link bloggers yang lain pun hilang jugak..wuuuarggghhhh...sedih,sekarang aku kena start balik dari 0....Alahai...tapi takpe la..perubahan memang perlukan pengorbanan..

jadi..nak tanya pendapat korang..ok tak layout baru nih???semakin cun atau semakin hampeh dan menyakitkan jiwa...anda boleh berikan komen seikhlas mungkin...hehe...nak kutuk pun takpe..tapi dengan tujuan kebaikkan...

*nak mintak halal dgn Nezjoe & Kamaruladli..sebab cilok URL tanpa izin dulu..

*mungkin aku ade terlepas pandang link bloggers yang hilang..so kalau ada yang x tersenarai dekat bahagian "kawan virtual aku"..sila tinggalkn link blog korang untuk aku addkan dekat blog aku ni..

*"aku bukan bidadari".....aku sedang mencari link blog mu..

salah-kah aku sebab aku jadi aku...

aku rasa penat..pura-pura jadi baik...tapi kadang-kadang dalam hati aku maki orang tahap bangsat.Aku penat tengok perangai orang keliling,letih dan ada masa aku tawar hati...Nak menjaga hubungan sesama manusia bukan sesuatu yang mudah...

aku paksa diri senyum,tapi kadang-kadang aku rasa macam nak memberontak..nak baling saja kerusi,meja malahan pisau pada orang-orang yang menjelikkan ni...biar mereka mati meninggalkan bumi..aku aman,kau pun aman....

Kalau aku baik sangat,orang pijak...

Kalau aku jahat sangat,orang kutuk..

Kalau aku diam,bukan maksud aku aku suka...

Kalau aku buat tak tahu,orang label aku tak ambil kisah...

Aku bukan perempuan yang terlalu suci,sampai tak ada langsung rasa marah...ada masa aku mengalah..ada masa ganas jugak..


*entry kali ini agak berbau emo tahap longkang...

aku & sindrom sayu semacam...

masuk semester baru ni,rasa macam ada yang tak kena...aku mula kena sindrom "insomnia"...payah betul mata ni nak lelap..kira beruntung sangat kalau aku boleh masuk tidur seawal pukul 3 atau 4 pagi..sebab selalunya mata ni kuyu lepas subuh je...

kenapa?????

dah 2 minggu aku rasa sayu semacam...arghhhhh,aku rimas betul bila angin "sayu semacam" ni singgah dalam otak aku....rasa macam nak lempar jauh-jauh..kalau boleh nak dilenyek rasa sayu ni bagi mati...tapi tak berjaya jugak....

lepas itu,aku asyik terbayang kalau aku mati...macam mana yer??kenapa pulak tiba-tiba soal mati ni wujud????entah lah.....mungkin sebab isu bas ekspress yang kerap sangat berlanggar,dan roomate aku dari tadi asyik ngomel pasal isu ni..dan aku kan selalu naik bas balik rumah...jadi tiba-tiba timbul imaginasi dalam otak ni..kalau aku naik bas,lepas tu aku accident....macam mana ek???emmm....

dalam minggu ni jugak rasa semacam ada yang tak kena..bila tido,asyik mimpi benda dan orang pelik-pelik....kenapa???entahlah....penat aku doa,bagilah hati ni tenang...malas nak sarat-saratkan otak aku...

ini lagi 1 hal,setiap kali nak tido aku mesti suka fikir pasal benda-benda lepas yang terjadi dalam life aku...aku akan fikir...fikir..fikir..fikir...dan akhirnya,sedar-sedar dah azan subuh...

ketat,sendat lagi melekat...

"ko apasal pakai baju ketat sekarang???"

woooow.....statement di atas ditujukan untuk aku,oleh si Tempe kepada aku melalui YM...

ketat???

sendat???

melekat???

tapi dalam masa yang sama aku bertudung????emmm....memang patut ditegur.Penampilan wanita bertudung yang berbaju ketat memang agak mengelirukan....lepas kena tegur,secara automatiknya aku bukak pintu almari.....aku perhati semua baju yang ada di dalamnya...

oooohhhhooo....memang jelas,kebelakangan ni aku terlalu suka membeli baju yang terlalu kecil..walaupun aku berbadan kecil,tapi agak kurang wajar badan ini didera dengan tekanan baju yang semakin mengecil....sebab tu la agaknya aku tak besar-besar..itu sekadar teori tak masuk akal aku...

balik cuti hari tu,mak aku cakap benda yang sama...

"pakai baju biar besar-besar sikit..tutup pusat...tak payah nak ditayang-tayang..."

jadi,sekarang aku harus ambil pusing pada teguran-teguran berkenaan...ramadhan pun makin hampir,jadi wajar untuk aku berubah jadi lebih baik...

pulang ke pangkal jalan...

seminggu lebih aku hilang....
mana aku pergi???
apa dah jadi???
macam-macam andaian pulak yang tertulis di ruangan komen entry sebelum ni,antaranya:
tedung-----> "putus cinta kah???"
zino ----->"bertapa @ examkah???"
lesbian----->"takde ideakah???"

dan jawapannya adalah.....................

aku tukar angin...cari angin baru....bersempena dengan pengisytiharan cuti selama 1 minggu oleh Uni (cuti semester)..aku pun ambil peluang pulang ke kampung halaman...al-maklumlah,rumah tiada internet..maka dengan itu,blog ini mati sekejap secara automatiknya....

cuti ini aku mabuk...kehadirannya dan lambakannya sangat mengujakan....memang syok habis apabila dilayan...cuti ini memang tidak sia-sia,sebab limpahan buah-buahan tempatan sangat menyeronokkan.....apa kurangnya dengan buah-buahan tempatan???kalau asyik makan epal,orange dan buah yang sebangsa dengan nya...maka,ambillah beberapa saat & ketika menikmati kenikmatan rasa buah tempatan....dan itulah antara aktiviti aku masa cuti sem...

setelah pulih dari keadaan mabuk buah,aku pulang ke pangkal jalan yang benar a.k.a campusku.....

bisu..

diam untuk sehari....


bisu untuk seminggu....


kelu melangkah beribu batu...




*blog ini akan berhenti "berentry" selama seminggu..masanya untuk aku membisu...