Blogger Template by Blogcrowds

soal cinta,soulmate,jodoh,kahwin,lelaki,perempuan...


*entry ni mempunyai unsur-unsur yg mungkin membuatkan sesetengah pihak rasa nak muntah darah & berkahak hijau..jangan teruskan membaca,jika tak mahu mengalami sebarang masalah...hahhaha.. :P

**********************************************

Kes "dia"

Dia : Semua lelaki memang macam tu kan...suka hati nak datang & suka hati nak pergi
Aku : tak semua macam tu..ada yang baik..
Dia : Kenapa saya selalu kena macam ni..?
Aku : Sementara nak dapat yang betul..kita selalu jumpa yang salah dulu..1 hari nanti sure awak jumpe jugak soulmate awak.
Dia : Ye ke?
Aku : Ye lah..setiap dari kita ALLAH dah cipta akan ada couple for us..untuk kawin..
Dia :Habis tu..kenapa Ibu saya tak pernah jumpa soulmate dia??dari dulu...asyik kena naya dengan lelaki..kena pukul..tak pernah happy dengan lelaki..
Aku : (terdiam..)

Dia tengah agak-agak bengong sebab baru kena tinggal dengan ex dia..lepas tu, ex dia jadi lelaki gila talak pulak sekarang..asyik cari dia marata tempat...Kemudian,dia jumpa lelaki baru dalam hidup,tapi lelaki baru tu pulak hilang macam tu je..

Dia sedih.Frust.Kecewa dengan lelaki.Semua sebab pengalaman yang dia lalui sejak kecil...hidup dengan ayah kaki pukul..hanya dibesarkan dengan ibu tanpa ayah..buat persepsi dia pada lelaki semakin teruk..

Dia label lelaki semua memang macam tu..Suka duga hati perempuan...Suka main-main dengan hati perempuan...


Kes "Miss X"

Miss X : Aku tau bf aku ade pompuan lain...
Team A : Habis tu..buat bodoh je??dah dia curang..tinggal je..cari lain
Miss X : Tak boleh..aku dah tak ada hati untuk orang lain..semua untuk dia..
Team A : Lelaki memang macam tu..kita dia simpan buat stok bini.at the same time flirt ngan pompuan lain..habis tu???..nak biar je.??.
Miss X : Aku dah sedia dengan dunia poligami...lelaki memang macam tu.tak pernah cukup 1.
Team A : Ya allah (dengan nada bengang..)..orang macam kau nilah yang buatkan kerajaan wujudkan kementerian wanita..lembik...lemah..selalu mengalah..
Miss X : habis tu??tak kan aku nak sia-siakan relationship yang dah dekat 4 tahun ni?
Team A : Kau tak boleh hidup dalam denial..sabar konon..lepas tu,dah kawin..lain pulak yang jadi..

Team A sedang brain wash Miss X,akibat kesengalannya dalam pertahankan cinta..Miss X,sudah bersedia dipoligami,sedangkan kawin pun belum..kalau itu kehendak takdir,dia pasrah,katanya lagi.

Team A tak puas hati...bantai lagi dan lagi...sesi perbualan yang panas..

Akhirnya..Miss X tetap dengan prinsip cinta sejatinya..bertahan walau ditipu..


Kes jiran Aku

Seorang makcik..sedang dalam pantang lepas bersalin anak ke-2..berehat dan dijaga oleh maknya di kampung.suami ditinggalkan di rumah..Laki bila duduk rumah,bini jauh..langkah & akal mula panjang...

Laki dia ditangkap bersekedudukan dengan seorang perempuan..perempuan tu pulak ex-skoolmate kakak aku...kecilnya dunia..pi mai pi mai kena cekup dengan orang yang dikenali...laki dia merayu dengan mak bapak aku,supaya tutup mulut & jangan bagitau bini dia...atas sebab tertentu,parents aku tutup mulut..malas nak besar-besarkan cerita..

Sejak insiden tu.setiap kali aku bertembung dengan mamat nih...dalam hati aku mesti maki tak sudah..depan bini tunjuk baik...tapi perangai macam sial...mahu je aku potong “bawah” kau..lepas tu aku blend campur dengan carrot + susu bagi kau minum..baik kau mampus je dari asyik buat-buat baik...tapi belakang mengalahkan syaitan..



*************************************************

3 kes di atas bukan rekaan.tapi yang betul-betul terjadi..walaupun ada perkataan yang aku pakai tambah sesedap rasa...ala,barulah feel..tapi pokok pangkalnya masih sama..minggu ni je,aku berdepan dengan macam-macam jenis masalah cinta yang terjadi dekat orang sekeliling..

Mangsanya adalah perempuan..ditindas oleh lelaki..

Kesimpulan

Soal jodoh,cinta & kawin adalah benda yang kita tak boleh nak duga.. dengan siapa kita kawin...apa yang akan terjadi dengan perkahwinan..bahagia?kecewa?poligami?kawin 2,3,4 ??

Adakah semua lelaki sama?selalu zalim pada wanita?secara peribadinya,aku rasa tak semua macam tu..carilah lelaki..jangan cari spesies jantan..memanglah hidup seksa kalau tersalah pilih..yang salah adalah individu,bukan gender..sama juga dengan dunia perempuan,ada yang baik & ada yang tak...

macam mana nak tahu yang terbaik untuk kita..?

Jawapannya:-
Terletak pada ALLAH S.W.T....
Ingatlah satu benda..jodoh yang baik telah ditentukan untuk orang baik juga...itu pesan ALLAH s.w.t pada hamba-hambaNYA...
DIA dah tentukan..soal jodoh & kahwin dah diatur..


Nota untuk mereka yang terlibat dalam sesi perbualan di atas:-
*jangan marah dekat aku,sebab tulis entry pasal korang..identiti anda dirahsiakan..jangan risau
*apa yang aku tulis..adalah apa yang aku rasa..kalau tak puas hati..lantaklah,ni blog aku,suka hati akulah..

29 comments:

  1. crunchyahcock said...

    1ST COMMENT;
    PERGGH!!!!! mmg masih wujud spesis dan puak yg mcm tu... aku x nafi. kat dlm tmpat keja aku pun ada 3,4 contoh yg aku bleh tgk dpn mata.

    tapi cuma diri sendri yg bleh ubah nasib mereka kan?

    September 11, 2007 at 12:14 PM  

  2. zino said...

    selamat berpuasa..

    September 11, 2007 at 2:50 PM  

  3. Sunan_Jati said...

    Mata kadang salah melihat....
    Mulut kadang salah berucap....
    Hati kadang salah menduga.....
    Maafkan segala kekhilafan yang pasti ada....

    == Mohon Maaf Lahir dan Bathin ==

    MARHABAN YAA RAMADHAN

    SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA
    SEMOGA KITA DAPAT MENJALANKAN IBADAH PUASA
    DENGAN OPTIMAL,
    AAMIN.

    September 11, 2007 at 4:48 PM  

  4. me3n said...

    wah memang ku da termuntah hijau. ahaha tak2.

    September 11, 2007 at 6:10 PM  

  5. adliazaddin said...

    skrang nih di malaysia ratio laki dan pompuan adalah 1:2 jadi tak salah lah kalau berkongsi hahahaha :D nanti biler ratio dah naik 1:3 atau 1:4 bley laa pasang ramai lagi muahahahha
    hahahahahhahahah
    hahahahahahhahahahaha
    hhahahahahhaha
    haha

    sekian :D

    September 11, 2007 at 6:45 PM  

  6. nellyberry said...

    sokong dgn jawapan anda.

    semakin me kenal lelaki...makin misteri jadinya.

    just tunggu si 'dia' untuk ku...merungkaikan segala misteri lelaki ;)

    September 11, 2007 at 7:36 PM  

  7. Nur Hafiza Hasan said...

    Cerita 1:
    Betul kata anda..memang tak semua lelaki sama.
    Mungkin nasib 'dia' agak kurang baik dibesarkan dgn keadaan sedemikian.
    Justeru menyebabkan generalization yang sepatutnya ngga' perlu.

    Cerita 2:
    Miss X tu cuma memalukan kaum hawa bagi pendapat saya.
    Sudah terang lagi bersuluh lelaki itu salah, kenapa masih mau menunggu?
    Kalau sudah ada ikata dan beranak pinak, boleh lah difahami..
    Ini???? Wahhhh..dah siap sedia poligami?

    Cerita 3:
    Lelaki sebegini,kalau tak ada pun lebih baik.
    Betul tak?!

    -->erkkk..hanya luahan emosi sahaja.ehehehhe..

    September 11, 2007 at 8:40 PM  

  8. Mak Su said...

    tak tahu mak su nak cakap apa, dalam suka ada duka... anyway, selamat menjalani ibadah puasa

    September 11, 2007 at 8:46 PM  

  9. achik said...

    kdg2 hal2 hati dan perasaan ni payah.. slalunya hati lebih mendominasi dari akal.. apa2 pun sendiri mau ingat la kan.. huhu..


    selamat berpuasa.. :)

    September 11, 2007 at 8:50 PM  

  10. Danisha said...

    Wahhhh...Biasalah tu. Kalu pompuan tak lebel lelaki then sebaliknya pula berlaku.

    Zaman sekarang kena bijak camner nak hidup kan? Benci ler orang yang suka memukul dan mendera ni...

    SELAMAT BERPUASA

    September 11, 2007 at 11:06 PM  

  11. pjoe said...

    ya betul!
    jodoh pertemuan di tangan Allah!

    semua kena terima
    tak kira lelaki atau wanita

    cuma bagi aku istilah soulmate atau konsep "mr right" adalah benda paling mengarut!

    jangan garu kepala bila statistik menunjukkan bilangan anak gadis belum berkahwin semakin meningkat.

    kenapa?

    ya, semua mahu mr right
    ya..baguslah!


    tunggulah sampai mr right dia tu sampai!

    haih...

    sekadar pandangan

    September 12, 2007 at 12:37 AM  

  12. byl said...

    dunia sekarang xle nk duga
    macam2 berlaku

    September 12, 2007 at 1:24 AM  

  13. Aku Bukan Bidadari said...

    ahh lelaki..sampai dunia kiamat pun kita wanita tak akan faham..

    ps: lelaki yg pukul perempuan sebenarnya DAYUS! cerita diatas tu semua nya lelaki MELAYU kan? susah kan nak cari lelaki MELAYU Berkualiti..

    September 12, 2007 at 2:16 AM  

  14. aku said...

    cruchyahcock->mmg,tapi kite kena ade effort from both side..untuk ubah ape yang patut diubah..

    zino->selamat berpuasa juga.. :)

    sunan_jati->semoga ramadhan ini antara yg terbaik.. :)

    ad3ck->ko muntah seblm ko bace entry nih..power giler penangan aku..aku tau ko x bace..hahahha tak2.. :P

    les->aku x kisah ratio tuh..aku kisah bole ke korang ni nak pikul azab akhirat esok kalo x betul2 adil..poligami itu mngkin indah tp bukan mudah...hehehe :P

    nelly berry->insyaallah..semoga anda jumpe apa yg anda cari..

    miss_tree->panjang luahan cik miss_tree..wanita mmg lebih mengerti..hehe. :)

    maksu->selamat berpuasa juga maksu..

    achik->mmgbetul tuh..jadi kita kena pimpim akal jgn buat benda2 yg x masuk akal..sb tu tuhan bg akal untuk berfikir...selamt berpuasa juga.. :)

    danisha->konon nk tunjuk power la main pukul2...haih..selmat berpuasa juga.

    nezjoe->semua org nak yg terbaik..lambat @ cepat itu bkn kerja kita...apepun,aku harap ko kawin cepat..heheh.. :P

    by young lady->mmg resam dunia sekrg.. :)

    September 12, 2007 at 2:18 AM  

  15. aku said...

    kau bkn bidadari->yup,semua melayu..mungkin kita bole cube paham..tapi dua2 pihak xleh nak selfish...ego kasi tolak tepi..insyallah boleh...yakin boleh..yeah..heheh.. :P

    September 12, 2007 at 2:20 AM  

  16. Aku Bukan Bidadari said...

    errr..awak selamat menyambut ramadhan al-mubarak

    September 12, 2007 at 2:20 AM  

  17. aku said...

    kau bkn bidadari->yer..slamt jugak..:)

    September 12, 2007 at 2:22 AM  

  18. 13may said...

    hehhe hehhe....

    selamat berpuasa :)

    September 12, 2007 at 2:38 AM  

  19. Unknown said...

    Salam Ramadhan.

    September 12, 2007 at 7:20 PM  

  20. - G O R O - said...

    Selamat menjalani Ibadah Puasa.

    Semoga keberkatan Bulan yang mulia ini akan merahmati kehidupan kita.

    p/s- Muhasabah diri itu penting.

    September 12, 2007 at 11:27 PM  

  21. aku said...

    13 may->hahaha..slmt jugak yer.. :)

    ah kim->salam ramadhan juga :)

    goro->marilah kite bermuhasabah..selmat berpuasa juga :)

    September 13, 2007 at 12:56 AM  

  22. blackpurple @ jowopinter said...

    Boleh batal puasa woo kalau muntah...he he he...

    Salam Ramadhan.

    Semoga kita sama-sama dapat menghayati keberkatan Ramadhan dengan sebenar-benar penghayatan...

    September 14, 2007 at 12:42 AM  

  23. Anonymous said...

    carrot susu.. nyam nyam... tapi jgn campur dgn "bwh"!

    err, berbalik kepada topik, aku banyak kali gak dgr citer2 camnih. tapi aku lebih suka memandang kes2 camni dari segi 'manusia'.

    maksud aku takde kena mengena dengan jantina. pompuan pun ada jgk perangai cam bitch.

    jadik kesimpulannya, semuanya bergantung pada hati dan perangai sesorang mnusia tuh, bukan jantina beliau.

    sekian, renung2kan dan selamat beramal... (baca ala2 mcm dlm Hot fm)

    p/s: salam ramadhan

    September 15, 2007 at 1:13 AM  

  24. aku said...

    blackpurple->hehe...jangan muntah kalo puasa....selamat menyambut ramdhan jugak..

    kamaruladli->ye betul..aku setuju...x adil untuk kita salahkan gender...
    *aku x suka carrot susu,sbb aku anti susu putih.... :P
    salam ramadhan jugak...

    September 15, 2007 at 6:22 AM  

  25. Anonymous said...

    miss X tak bace ke blog awak nie??
    hehehe..
    btw, team A tetap cool..
    support team A..
    tu la gune nye kementerian wanita & keluarga..
    tp ade rupe nye org mcm miss X tue dlm dunia ni lg..
    (org disebelah kamu)

    September 17, 2007 at 9:48 AM  

  26. aku said...

    miss anonymous->miss X,tak bace rasenyer.hehe..
    anyway,the idea that comes out from team A mmg ade yg betul...

    entahlah..lain org..lain caranya..
    kan cik disebelah???..haha..

    (cik disebelah ni nmpk sedang boring jek..ohh,die br bgn tido tadi..hehe..)

    September 17, 2007 at 9:54 AM  

  27. Saya said...

    argh..menyampah lak yg kat jiran tuh..!!rase mcm nak koyak-koyakkan je rambut dia..!!

    September 19, 2007 at 10:45 AM  

  28. aku said...

    god's slave->aah..mmg menyampah..rasa mcm nk koyakkn semua benda...eee..

    September 20, 2007 at 11:41 AM  

  29. Nisa said...

    memang lelaki xsama tapi kebanyakannye mmg suka mempermainkan perasaan perempuan..suka amik,xsuka blah..

    November 12, 2007 at 10:28 AM  

Post a Comment