Aku bukan pengikut setia siri Melayu "SEMBILU KASIH"...bukan juga peminat cerita yusuf haslam...cerita dia memang bukan jiwa aku..tapi bukan maksud aku tak sukakan yusuf haslam..dia tak berdosa pun dengan aku...kenapa pula aku nak benci dia kan???adalah tidak wajar membenci orang yang tidak kita kenali...(macam skrip dalam cerita SEMBILU KASIH pula..)
Roomate aku,peminat setia cerita melayu..tambah lagi kalau cerita Yusuf Haslam...dia beritahu kat aku yang cerita SEMBILU KASIH dah habis..dan aku pun layan sama dengan dia tengok ending siri yang kononnya menyayat hati & perasaan.. aku sekadar tengok tanpa minat sambil mulut aku tak berhenti bagi komen sana-sini..aku rasa bukan komen,tapi kutuk...hakikat,aku memang tak suka cerita ini...maaf,jika korang peminat siri drama celaru ni..aku sekadar berkata benar...alhamdullilah,akhirnya habis jugak cerita ni...penat aku tengok konflik berbelit-belit dalam plot cerita nih..kadang-kadang rasa nak muntah darah..
Aku ulangi...Aku bukan membenci Yusuf Haslam...Cuma karya dia,bukan jiwa aku...Tapi aku suka semangat dia,orang kutuk rapat karya dia..dia tetap keluar dengan drama yang diadaptasi dari filem-filem dia sebelum ini..
Tapi,ada satu sebab yang buat aku suka jugak tengok cerita Yusuf Haslam.Aku suka tengok banglo bertingkat-tingkat milik dia kat atas bukit..aku juga suka tengok segala harta Yusuf Haslam..kereta mewah dan segala jenis harta benda dia...termasuklah serkup kepala Aznah Hamid yang selalu bertukar ganti dengan segala macam design & bentuk & warna...
Apapun...dia Yusuf Haslam..biarlah Yusuf Haslam kekal dengan identiti filem & drama dia yang macam tu...Yusuf Haslam tak mungkin boleh menjadi secool & sekreatif Afdlin Shauki...
*Aku peminat Afdlin Shauki...
-sekian-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
aku pun tak suka yusuf haslam, tapi kalau dak rumah aku layan, aku diam je, buat tak tau.. biarlah diorang, diorang minat.. buat abis air liur je komplen.. hehe..
September 9, 2007 at 8:52 AM
salam ziarah...
heheh mulakan dgn bismillah...
semoga diberkati allah...
:P
September 9, 2007 at 5:08 PM
aku pun kurang suker ngan karya yusof haslam,..... tapi afdlin shauki pun takde laa kreatif mane pun
September 9, 2007 at 6:26 PM
salam :]
singgah jap cni,
hihi..same la..
klu tgk citer tu pom..
sbb ske tgk rumah die.,
prabot mak datuk..
huiishh~
baju datin yg merelip2 tu..
:p
September 9, 2007 at 7:06 PM
Otak yang berbeza.
Ada yang muda ada yang baru, jadinya hasil yang terhasil adalah berbeza
Semoga MElayu tetap GAH tidak kira siapa.
p/s-Umah yusof haslma dekat dgn umah aku, sebulan baper la bil elektrik dia?.
September 9, 2007 at 7:42 PM
emm, sy jarang sgt tengok cite melayu ni wak,hihi..slalu mak je yg tengok..nasib tv kat umh byk,hehe..tak payah nak gaduh2 sangat ngan mak:)
September 9, 2007 at 9:12 PM
skang ni aku kureng tgk cite melayu.. baik layan kartun lg best.. ;p
September 10, 2007 at 12:20 AM
hehe. sekali sekala layanz sembilu kasih best jugak. huhu.
tp afdlin mmg bestest ar!
September 10, 2007 at 3:12 AM
saya suka erra fazira + afdlin shauki
September 10, 2007 at 3:34 AM
ehehe cakap je la ko suke sembilu kasih n tgk episod last ari tuh hehe.
September 10, 2007 at 5:27 AM
azrul->aku pun same jek..aku layan sambil mulut komplem x sudah..byk gak dosa aku bila tgk cite nih..sbb mulut x brenti kutuk.
sunan_jati->salam..alhamdulillah
les->aku suka je afdlin..
nan0nan0->salam..slmt singgah..tu la,properties die mmg seronok diusha..
goro->uish..ko dok kat kawasan tu??sure umah ko besau gak nih. :P
faisal->bagus2..jgn gaduh2..jd anak yg baik..layan je..
achik->aku suka spongebob.. :P
sitilina->yeah..betul tuh..
kau bkn bidadari->aku suka tunang erra.. :P
ade3ck->ko nih..selalu x puas ati ngan aku..xpe2..siap ko nnt.. :P
September 10, 2007 at 12:35 PM
Betul Yusof Haslam tak bersalah..
Tahu ada cerita terbaru?
Air Mata Maria??
Kahkahkahkah..
Expect cerita yang bukan berbelit², tp pi mai pi mai tang tu.
Expect air mata yang bercucuran..
Expect salah faham yang bodoh et cetera..
All in all, his work is soooooo predictable!
Afdlin? Ok² je..
September 10, 2007 at 6:20 PM
Memang tak berapa nak layan sangat cuma sekali sekala tuh tengok juga bila dah org lain tgk sama...
September 10, 2007 at 6:21 PM
aku pun tak benci dengan yusuf haslam
tapi aku benci dengan orang macam dia yang menjahamkan industri filem mahupun drama.
yang pasti, orang filem atau anak muda tak punya kebebasan seperti yang dilaung-laungkan oleh ..er....
"mereka" itu..
terus apa option yang kita ada?
afdlin shauki...yasmin ahmad..
mereka bagus..tapi tidak sebgaus yang kita fikirkan
sebab option kita sedikit
sekadar pandangan aku sahaja.
berikan lebih byk dramam anak muda seperti dunia baru dan kami
bukan dramam sampah macam puteri atau dunia anita... tau bermacam slot samarinda lagi... dah la pelakon sama je dok main
adehhhhh
September 10, 2007 at 9:38 PM
abaikan typo error
itu mmg tabiat aku
haaha
September 10, 2007 at 9:40 PM
ku juga minat kat afdlin shauki..afdlin shauki rox..!!
September 10, 2007 at 11:14 PM
siri dunia baru ko layan ak? baizura kahar comel ooo!
September 11, 2007 at 5:35 AM
miss_tree->mmg so predictable..pusing-pusing..masuk sana sini..last2 hampeh gak..dah masak dah..
tintahati->samalah kita.. :)
nezjoe->mmg banyak drama sampah skrg nih,susah nak ade yg berkualiti..."kami" itu kira ok jugak..cerita die ada style sikit..lain dr lain..
god's slave->yeah...mmg rowks. :)
kamaruladli->aku layan..sbb ade pierre andre..haha..ko x abis ngan baizura kahar..die hard fan btul nih.. :P
September 11, 2007 at 10:04 AM
usop aslam? mmmmmm........
aflin??? yasmin ?? ok laaa
crunchy ah cock?? besht!!!!!
September 11, 2007 at 12:18 PM
crunchyahcock->ikut minat masing2 ler.. :P
September 12, 2007 at 2:06 AM